Friday, February 6, 2009

KEM PLKN MIRI - PPSB BERMULA 23-25 FEBRUARI 2009

Pertama-tama saya mengucapkan kalungan tahniah kepada rakan-rakan yang dipilih oleh DBP Malaysia bagi menjayakan program tersohor sastera negara kepada warga muda kita di Malaysia. Saya sama-sama tumpang bangga di atas kejayan kita bersama-sama biarpun sekelumit jasa kita titikkan kepada program ini. Memang banyak kekangan dan halangan seperti pelepasan Ketua Jabatan, program kita sendiri, bencana alam seperti banjir,dan lain-lain lagi. Tetapi itu bukanlah alasan kita lalai atau buat sambil lewa apabila ditawarkan sebagai pembimbing program ini. Wang bukanlah segala-galanya biarpun,kalau tiada wang mungkin kita akan menolak program ini kalau dibuat secara sukarela tanpa honorarium. Tapi itu bukanlah kita kejar. Yang penting puas hati dalam memartabatkan sastera bangsa yang kian terpinggir. Ramai orang tahu tetapi tidak ambil peduli apa yang ia tahu. Perlu diingat bahawa ini adalah tahun ke-5, PPSB telah dijalankan di kem-kem khidmat negara. Suatu kebanggan yang kita kongsi bersama bahawa sastera masih melekat di pemikiran para tokoh pemimpin bangsa kita. Tidak malu dikatakan kalau bangsa yang tidak mengenali sasteranya sendiri maka ia akan menjadi bangsa yang mundur dan terpinggir. Tidak mempunyai harga diri.
Rakan-rakan fasilitator yang dipilih ke Kem Miri pada tarikh di atas yang telah dihubungi oleh Penyelaras Negeri Zon II atau DBP sila laporkan diri kepada saya KF di kem ini secepat mungkin. Bagi yang sma-sama ke Kem Similajau pada 16-18 Februari 2009, bolehlah beritahu saya akan kehadiran sekalian.
Saya menyeru kepada rakan-rakan agar lebih komitted dan bersedia akan segala kemungkinan. Selain itu menguasai apakah yang akan kita didik dan kongsikan bersama wira-wirawati di kem. Bahan yang kita bakal gunakan, sediakan dalam 2 pilihan agar tiada pertindihan, selain pengisian yang teliti dan meyakinkan. Masa hanya 10 minit, tiada kompromi. Studi dengan teliti dan buat "homework" kerja itu.Biodata ringkas juga sediakan, untuk digunakan ketika pengenalan. Kuasai mana-mana bahagian kandungan pengisian PPSB, kemudian bersedia membantu menyampaikan kepada pelatih selain, bidang seni yang mahu diperkenalkan. Jangan ambil mudah.Displin kita seperti menepati masa amat penting, menlengkapi segala dokumen arahan KF, bekerjasama dengan KF dan lain-lain urusan PPSB mestilah kita hadapi dan redah bersama di kem itu. Hindari diri dari melakukan hal-hal yang memalukan diri dan juga program. Bukanlah nasihat yang luar biasa, tetapi berkongsi pengalaman sahaja. Jangan lagi diulangi kisah lalu yang banyak kali kita diteguri, seolah-olah anak kecil yang tiada telinga dan hati. Hubungi saya di talian atau emel yang diketahui. Selamat bertugas, salam sastera dan budaya.

1 comment:

  1. Terima kasih di atas maklumat untuk kemasukkan FC ke kem untuk kumpulan pertama tahun 2009. Agak-agak tidak ada perkara lain yang harus di buat sebelum masuk ke kem selain daripada persiapan yang sepatutnya. Kalau boleh cikgu poul dapatlah berikan waktu yang sepatutnya untuk pergi bertugas agar dapat saya aturkan masa saya mengajar di kolej dengan majikan saya. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete